SMK Engku Husain, yes! Tu nama sekolah kitaaaaa :)
Nama sekolah baru kitaaaaa. Hihihi,
Sorry lambat update blog. Ada kesulitan yang tak dapat dielakkan.
First day sekolah,
Eqien pergi pendaftaran dulu. Time tu sekolah tu tak terima Eqien sebab Eqien takde result.
Haha sumpah lupa nak amek kat sekolah lamaa :)
Bila abah eqien dah push push dia, finally dia terima Eqien.
5A4 - (5 Sastera 4) heeee
Turn adik aku pulak, cikgu cina ni tak terima. Sbb result takde jugakk. K pundek :)
Abah Eqien pun rush pergi KL sekali dengan Eqien and adik Eqien.
Eqien pergi sekolah lamaaaaaaaa :') Rinduu sangat.
Jyeahh, masu je sekolah lama, Eqien terserempak syafiq dengan fahim.
Eqien tanyalah mana Cikgu Harniza, diorang cakap ada dalam kelas. Eqien pun follow lah diorang sampai masuk kelas :)
Masuk je kelas Eqien bagi salam, sebagai tanda hormat, cewahh. Heeee
Dah borak dengan cikgu semua, Eqien pun keluar drpd kelas dengan cikgu.
Tiba tiba ada orang jerit nama Eqien!
Maigoddddd, Diyana and Chibby jerit. Disebalik tingkap tu Eqien nampak Diyana menangis :'(
Sayang, aku rindukan kau. Tak sangka langsung yg dia menangis. Eqien tak sempat berbual dengan diorang sebab cikgu panggil Eqien. Eqien pergi dengan melihat airmata seorang kawan jatuh :'(
Selesai je Eqien amek result, ada orang sergah Eqien daripada belakang, and............
Diyana and Chibby muncul. Dan diorang jerit,
Eqien, kitorang rindukan kauuu! :'( *sambil menangis wehh.
Sumpah Eqien terharu. Eqien mengalirkan airmata jugaa.
Adakah Eqien akan berjumpa kawan seperti diorang dekat sekolah baru nanti?
Adakah Eqien akan berjumpa kawan yg sanggup menangis demi aku dekat sekolah baru aku nanti?
Hmmmmm, dalam masa yg sama Eqien sempat pergi ke kelas Leeya Natasha :'(
Even, dia tak dapat keluar daripada kelas tu punn, Eqien sempat tengok muka dia daripada jauh.
Yes, kerinduan Eqien terhadap mereka semua terlepas jua :')
Cumaaa, tak sempat jumpa dengan Lavirnia and Nadirah Rokif. I'm Sorry, I miss you guys!
And then Eqien pun pergi dengan hati yg sangat sedihh :/
Second Day,
Eqien pergi sekolah naik van. Hehee, First time ohh. Selama ni Abah yg hantar :)
sampai je dekat sekolah, Achik panggil Eqien, dia cakap time balik nanti tunggu sekali dengan Naim.
Dia pun panggil lah dengan Naim, Naim pun datang. Haha
Aku pun cakap, okay Achik! Hihihi, Kitorang semua panggil pemandu bas tu dengan panggilan ACHIK :)
Masuk je Eqien dekat sekolah, Eqien pening. Haha sebab tak tahu selok belok sekolah tuu.
Bunyi je loceng, aku terus ke tapak perhimpunan even tak tahu mana tapak tuu. Pura pura tahu jelahh -,-
Then, ada orang tanya aku, nama dia amira.
Amira: Weh kau budak baru eh?
Eqien: Ha'ah.
Amira: Kau kelas apa?
Eqien: Kelas 5A4, kau?
Amira: 5A3.
Eqien: Ohhh,
Amira: Sebelum ni kau duduk mana?
Eqien: Setiawangsa, KL
Amira: Ohh kau kenal lah Raudhatul Ulfa?
Eqien: Ha'ahh, kenal. Kenapa?
Amira: Yeke?! Kecik je kan dunia ni. Haha Dia kawan Moco aku.
Eqien: Ohhh okay.
And then Eqien tanya sorang minah ni, mana barisan 5A4, dia ckap tak tahu. Pundek. Dia pun Bertanya dekat kawan sebelah dia, kawan sebelah pandang Eqien and then, HUSNAAAAA! :'D
My old friend babe! Kitorang pun berborak :)
Masuk je kelas, Eqien terus pergi belakang, errrr kotor sangat kelas tuu.
Eqien pun buat lah muka. Tiba tiba ada satu jejaka ni cakap,
'tak payah nak buat muka lah, tak kotor mana pun!'
Eh eh kau ni, muka dah handsome gila babi, tapi, takda adap sopan!
Fuck. Lama kelamaan baru Eqien tahu mamat ni okay. Selalu tegur kita dalam kelas ;)
Inilah serba sedikit pasal sekolah baru Eqien. Terima Kasih kerana membaca :)